Potensi Bactostimulant sebagai biostimulan untuk cili
Mohd Zafrul Arif Radhi, Emmyrafedziawati Aida Kamal Rafedzi, Amir Khuzairi Azman dan Nor Hidayah Mohamad Dzani
Ringkasan
Penanaman cili adalah tanaman yang popular di Malaysia dengan tumpuan kepada varieti seperti cili padi dan cili merah (cili besar) yang ditanam di kira-kira 2,900 hektar kawasan setiap tahun untuk kegunaan segar. Kaedah fertigasi, dengan penanaman cili dalam polibeg banyak diaplikasikan di Malaysia. Pada skala komersial, ia ditanam di negeri-negeri utama seperti Johor, Perak dan Kelantan dengan peluang untuk individu memperoleh pendapatan yang besar. Walau bagaimanapun, industri cili menghadapi cabaran seperti perosak, penyakit, keadaan cuaca yang tidak menggalakkan dan hasil yang semakin berkurangan. Menariknya, cili bukan berasal dari Malaysia, tetapi dibawa pada kurun ke-16 hingga kurun ke-17 oleh penjajah Portugis, Belanda dan British. Teknologi yang ditampilkan ialah Bactostimulant untuk peningkatan hasil tanaman cili. Aplikasi Bactostimulant terhadap tanaman cili menunjukkan peningkatan hasil sebanyak 6.8% daripada kawalan. Kesimpulannya, penggunaan Bactostimulant boleh dianggap sebagai alternatif tempatan sumber biostimulan untuk peningkatan hasil bagi tanaman cili.