Penilaian prestasi teknologi pengisihan warna optik: ke arah penghasilan benih padi berkualiti

Category: Bil. 40

Asnawi Shahar, Wan Mohd Fariz Wan Azman, Mohammad Shukri Johari, Muhammad Aliq Jamaluddin, Ahmad Fadhlul Wafiq AB Rahman, Faewati Abdul Karim, Mohd Azmirredzuan Sani, Muhammad Syakir A. Ghani dan Roslan Awang

Ringkasan
Teknologi Pengisihan Warna Optik merupakan teknologi moden yang digunakan dalam industri lepas tuai dan pemprosesan makanan untuk memisahkan dan mengelompokkan bahan berdasarkan perbezaan warna. Dalam industri lepas tuai benih padi, proses pengisihan dan pengasingan yang efektif dapat menghasilkan benih padi yang berkualiti tinggi seterusnya mencegah daripada masalah penyebaran serangga perosak dan penyakit di ladang. Satu kajian telah dilaksanakan untuk menilai prestasi keberkesanan teknologi pengisihan warna optik bagi menghasilkan benih padi yang berkualiti tinggi. Sampel diambil secara rawak untuk membandingkan jumlah kotoran yang terdapat dalam sampel yang diproses menggunakan teknologi pengisihan warna (CS) dan tanpa diproses menggunakan teknologi pengisihan warna (GS). Berdasarkan hasil kajian kandungan kelembapan, tiada perbezaan yang signifikan (p >0.05) antara kedua-dua sampel, iaitu GS dan CS masing-masing 12.30% dan 12.36%. Jumlah kotoran sampel CS menunjukkan penurunan yang signifikan (p <0.05) iaitu 1.23% berbanding dengan 24.00% dalam sampel GS. Berdasarkan kajian penilaian prestasi, teknologi pengisihan warna optik yang digunakan menunjukkan tahap keberkesanan purata 94.85% untuk mengasingkan kotoran daripada benih padi. Secara kesimpulannya, teknologi pengisihan warna optik adalah relevan untuk mengurangkan jumlah kekotoran yang tidak diperlukan daripada benih padi MR315.

Teks penuh(1.5MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.