Penganggaran populasi pokok padi menggunakan teknik pemprosesan imej digital

Category: Bil. 40

Teoh Chin Chuang dan Mohd Khairil Izani Ishak

Ringkasan
Pada masa kini kerja menentukan kepadatan populasi pokok padi dijalankan secara manual dengan membilang jumlah anak pokok padi di dalam kuadrat segi empat sama logam. Amalan ini memakan masa yang lama, memerlukan tenaga kerja yang ramai dan kos yang tinggi. Satu kaedah automatik pengiraan bilangan anak pokok dengan menggunakan teknik pemprosesan imej digital diperkenalkan untuk mengatasi masalah tersebut. Perisian pemprosesan imej digital PCI Geomatics digunakan untuk mengkelaskan semua imej digital tanaman padi kepada bahagian tanaman dan bukan tanaman. Keluasan bahagian kanopi tanaman di dalam kuadrat logam bagi setiap pengelasan imej dikira oleh perisian dan dihubungkaitkan dengan bilangan anak pokok dengan menggunakan analisis regresi linear. Keputusan analisis perhubungan menunjukkan bahawa keluasan kanopi tanaman mempunyai hubungan yang amat rapat dengan bilangan anak pokok padi dengan nilai pekali penentuan (r2) bersamaan 0.8328. Satu model linear juga dibangunkan daripada analisis tersebut untuk menganggarkan bilangan anak pokok padi. Model tersebut telah diverifikasi berdasarkan kejituan penganggaran bilangan anak pokok. Keputusan menunjukkan bahawa model tersebut mampu menganggarkan bilangan anak pokok dengan purata kejituan 92.17%. Oleh itu, teknik pemprosesan imej digital didapati praktikal, boleh dipercayai dan berkesan dalam penganggaran bilangan anak pokok untuk pemantauan kepadatan populasi pokok padi.

Teks penuh(529KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.