Pembangunan prototaip struktur simulasi hujan mudah alih berskala ladang

Category: Bil. 40

Intan Nadhirah Masri, Muhammad Zamir Abdul Rasid, Muhammad Muzzammil Mohamad Nizar, Mohamad Nasrol Rabidi, Haszeman Aalaa Am Haszime dan Amirul Mukmin Khairul Anuar

Ringkasan
Hujan merupakan faktor utama dalam kejadian bencana alam seperti hakisan tanah dan tanah runtuh, terutamanya di kawasan sensitif alam sekitar seperti tanah cerun. Kajian mengenai kesan hujan terhadap tanah cerun penting untuk pemahaman yang lebih baik tentang dinamiknya. Untuk memudahkan kajian ini, prototaip struktur simulasi hujan mudah alih telah dibangunkan. Struktur ini terdiri daripada rangka yang mudah alih, sistem pengairan dengan pam air dan nozzle yang boleh disesuaikan. Dengan reka bentuk yang sesuai, struktur ini dapat menghasilkan hujan pada intensiti yang diinginkan untuk eksperimen lapangan. Kos pembangunan yang rendah menjadikannya pilihan yang berpotensi bagi penyelidikan dalam bidang hidrologi dan pengurusan sumber air.

Teks penuh(1.31MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.