Kaedah penanaman halia Bentong di tanah gambut dalam

Category: Bil. 40

Peter Laga Lium, Mohd Shahmihaizan Mat Jusoh, Bolhassan Pawi dan Mohd Faizal Omar

Ringkasan
Penanaman halia Bentong di kawasan tanah rendah atau mineral telah banyak diusahakan di seluruh negara sama ada untuk penghasilan halia muda mahupun tua. Walau bagaimanapun, penanaman halia Bentong di kawasan tanah gambut jarang diusahakan disebabkan tanah gambut merupakan tanah yang sangat bermasalah dari segi struktur, kekurangan nutrien, pengairan dan sebagainya. Kaedah penanaman halia di tanah gambut memerlukan teknik yang berlainan daripada tanah mineral disebabkan strukturnya yang lembut serta berair pada musim hujan. Bagi kajian dalam projek ini, penggunaan batas bulat digunakan bagi menggantikan batas panjang untuk mengatasi masalah timbunan kayu reput yang banyak dalam lapisan tanah gambut. Batas bulat yang disyorkan adalah bersaiz 0.5 m2 dan tinggi 0.3 m. Jarak di antara batas bulat pula ialah 1 m bagi memudahkan pengurusan rumpai di antara batas. Dalam sektor pertanian, kapur biasanya digunakan untuk rawatan tanah sebagai komponen baja dan juga untuk mengurangkan keasidan tanah. Penggunaan kapur magnesium untuk penanaman halia Bentong di tanah gambut sangat penting dalam mengekalkan kesuburan pokok halia. Teknik penanaman halia Bentong yang sesuai di kawasan tanah gambut sangat penting dalam memberi maklumat untuk membantu ke arah mekanisasi pertanian di tanah gambut serta penyelidikan lain yang berkaitan pada masa akan datang.

Teks penuh(3.18MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.