Penilaian mikrobiologi dan ketahanan patogen terhadap jus perahan sejuk buah tin bagi pengoptimuman parameter pemprosesan tekanan tinggi

Category: Bil. 40

Raja Arief Deli Raja Nasharuddin, Wan Nur Zahidah Wan Zainon, Norra Ismail, Hafiz Aizat Yanan, Ahmad Huzairi Imam Musaniff dan Norhida Arnieza Muhsin

Ringkasan
Penanaman buah tin yang kini meningkat di Malaysia telah menggalakkan usaha inovasi dan pengkomersialan produk agromakanan berasaskan buah tin. Kajian ini dilaksanakan bagi membuat penilaian mikrobiologi dan ketahanan patogen terhadap jus perahan sejuk buah tin varieti Super Jumbo bagi pengoptimuman parameter pemprosesan tekanan tinggi (HPP). Berdasarkan hasil penilaian mikrobiologi dan ketahanan patogen, didapati jus perahan sejuk buah tin pada penyimpanan suhu sejuk dingin (2 °C ± 7 °C) adalah selamat untuk diminum melalui parameter HPP pada tekanan 4,500 Bar selama 6 minit. Produk jus ini menunjukkan bacaan yang memuaskan dari segi had kandungan mikroorganisma perosak dan patogen bawaan makanan termasuklah perencatan Listeria monocytogenes. Parameter optimum HPP bagi jus perahan sejuk buah tin yang telah ditentukan dapat menjamin keselamatan produk yang dihasilkan dan menyokong pematuhan piawaian antarabangsa.

Teks penuh(1.51MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.