Penilaian kepelbagaian fungsi mikroorganisma terhadap jenis tanah berbeza

Category: Bil. 40

Nor Ayshah Alia Ali Hassan

Ringkasan
Peranan mikroorganisma dalam interaksi dan fungsi ekosistem adalah sangat penting. Sebagai contoh, fungsi tanah dipengaruhi oleh kepelbagaian fungsi mikroorganisma tanah. Pencirian kepelbagaian fungsi mikroorganisma berdasarkan jenis tanah adalah penting bagi menilai fungsi mikroorganisma serta kesuburan tanah secara biologi. Kajian ini dijalankan bagi menilai
kesan jenis tanah terhadap kepelbagaian fungsi mikroorganisma. Rizosfera tanah lom lempung berpasir dan tanah gambut daripada tanaman padi aerob dipilih bagi kajian ini. Sifat tanah yang diukur merupakan pH, isi padu kandungan air, kemasinan tanah, keupayaan pertukaran kation, fosforus larut serta jumlah karbon dan nitrogen. Kesan jenis tanah terhadap kepelbagaian fungsi mikroorganisma dinilai melalui aktiviti dan kepelbagaian mikroorganisma, kekayaan dan keseragaman spesies. Selain itu, kesan jenis tanah terhadap penggunaan substrat oleh mikroorganisma serta kelimpahan mikroorganisma yang boleh dikultur juga turut dinilai. Pengenalpastian sifat tanah mendapati bahawa keupayaan pertukaran kation, jumlah nitrogen dan kandungan fosforus larut yang tinggi di tanah gambut berbanding dengan tanah lom lempung berpasir. Mikroorganisma tanah gambut mempunyai kepelbagaian fungsi serta penggunaan substrat yang lebih tinggi berbanding dengan tanah lom lempung berpasir. Selain itu, kelimpahan bakteria dan aktinomiset juga lebih tinggi di tanah gambut. Berdasarkan dapatan kajian, disimpulkan bahawa jenis tanah mempengaruhi kepelbagaian fungsi mikroorganisma tanah.

Teks penuh(323KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.