Kaedah pengesanan pantas dan mudah untuk penyakit darah pisang (BDB)

Category: Bil. 40

Lau Han Yih, Mohamad Noor Hadi Nordin, Norliza Abu Bakar, Mohammad Malek Faizal Azizi, Sohana Romeli, Muhammad Fairuz Mohd Yusof, Rafidah Badrun dan Nur Sulastri Jaffar

Ringkasan
Pisang merupakan salah satu tanaman buah-buahan yang paling penting di seluruh dunia dan memberikan kepentingan yang signifikan terhadap keselamatan makanan bagi negara-negara yang sedang membangun. Namun, penyakit darah pisang yang disebabkan oleh Ralstonia syzygii subspesies celebensensis telah menjadi satu ancaman terhadap pengeluaran dan penghasilan buah pisang. Pengesanan awal dan tepat bagi penyakit darah pisang (BDB) dalam industri ini sangat penting agar strategi bagi pengendalian penyakit dapat dikawal secara efektif. Kajian ini membangunkan kaedah LAMP dengan primer khusus yang menyasarkan patogen BDB dan diikuti dengan kaedah penggumpalan untuk menentukan amplifikasi positif dalam ujian LAMP. Sensitiviti kaedah ini ialah 0.5 pg. Kajian LAMP yang menggunakan gDNA BDB menunjukkan penggumpalan
partikel karbon, manakala negatif pada sampel Fusarium oxysporum cubense dan Ralstonia solanacearum. Ini telah membuktikan spesifisitas kaedah tersebut. Teknik yang baru dibangunkan ini adalah spesifik dalam mengesan BDB pada peringkat awal boleh dijadikan langkah pengawalan dan pencegahan yang lebih berkesan.

Teks penuh(629KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.