Teknologi baja Organo Plus: Baja Organo Mineral bagi pengeluaran tanaman yang lebih lestari dan mesra alam

Category: Bil. 40

Theeba Manickam, Muhammad Syahren Adzhar, Dayang Safinah Nayan, Noor Haslizawati Abu Bakar dan Norziana Zin Zawawi

Ringkasan
Teknologi baja Organo Plus ialah formulasi baja hijau dan mesra alam yang berpotensi untuk memberi pengeluaran hasil tanaman yang lebih tinggi dan lestari. Formulasi baja ini adalah kombinasi organik dan mineral yang mampu meningkatkan kecekapan penyerapan nutrien khasnya oleh tanaman jangka pendek seperti sayuran serta mengurangkan impak buruk kepada persekitaran tanah berbanding dengan baja kimia di pasaran. Baja Organo Plus telah bangunkan dalam beberapa nisbah campuran bahan organik dan mineral, telah diuji tahap larut lesap di makmal dan seterusnya dinilai keberkesanan di lapangan untuk pengeluaran tanaman kubis di beberapa lokasi. Berdasarkan kajian penilaian di lapangan, purata berat kubis untuk dua musim penanaman di Bachok meningkat sebanyak 10%, 14% dan 23% berbanding dengan baja mineral (kawalan) masing-masing bagi tanah mineral, gambut dan berpasir. Selain itu, nilai pengambilan nutrien NPK oleh tanaman juga adalah lebih tinggi secara signifikan berbanding dengan baja mineral di pasaran. Berdasarkan hasil kajian, baja Organo Plus menunjukkan potensi sebagai alternatif yang lebih mesra alam untuk pengeluaran pertanian yang lebih lestari.

Teks penuh(3.15MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.