Penggunaan Alteryx bagi pembangunan model pengelasan ciri biotik dalam padi

Category: Bil. 40

Rabiatul Adawiah Zainal Abidin dan Lina Rozano

Ringkasan
Pakej Assisted Modeling yang terdapat dalam perisian Alteryx Intelligent SuiteR sesuai digunakan untuk pembangunan model pengelasan bagi ciri biotik. Kelebihan Assisted Modeling adalah tidak memerlukan pengguna membangunkan kod pengaturcaraan dalam pengelasan model. Kelebihan ini memudahkan pengguna untuk memberi lebih tumpuan kepada penilaian prestasi algoritma dan iterasi algoritma sehingga mencapai nilai prestasi yang memuaskan bagi pembangunan model. Prestasi algoritma pembelajaran mesin bagi model pengelasan ciri biotik dinilai serentak dan diproses dalam bentuk antara muka yang memudahkan pengguna. Hal ini dapat menjimatkan masa dan pengguna dapat memahami pembangunan model dengan lebih baik. Hasil dapatan pembangunan model pengelasan ciri biotik dimanfaatkan melalui pembangunan platform RiceNetBase yang sesuai untuk diaplikasikan dalam program pembaikbakaan berbantukan penanda molekul, pembangunan cip multi gen di CMDV dan pengeditan gen. Platform RiceNetBase dapat membantu menambah sumber penanda molekul berfungsi bagi memberi lebih pilihan dan bantuan kepada pembaik baka. Sasaran pengguna yang akan mendapat mafaat melalui RiceNetBase adalah dalam kalangan penyelidik biologi molekul, genetik dan pembaik baka.

Teks penuh(1.33MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.