Penilaian prestasi hasil untuk pemilihan varieti cili benggala tanah rendah

Category: Bil. 41

Norfadzilah Ahmad Fadzil, Sakinah Idris, Suhanna Ahmad, Wan Muhammad Azrul Wan Azhar, Nur Farhanah Ishak, Joanna Cho Lee Ying dan Suhana Safari

Ringkasan
Sehingga kini, penanaman cili benggala secara skala komersial di tanah rendah tidak dilaksanakan di Malaysia kerana tanaman ini secara umumnya diketahui memerlukan suhu dingin untuk pertumbuhan yang optimum. Disebabkan itu, penanaman cili benggala di Malaysia lebih tertumpu di kawasan pertanian di tanah tinggi. Namun begitu, permintaan tanaman ini sentiasa meningkat berdasarkan trend importnya, maka peningkatan penanaman dan hasil cili benggala tempatan adalah amat diperlukan untuk mengurangkan pergantungan tinggi kepada import. Penerokaan kawasan pertanian baru di kawasan tanah tinggi memberikan impak yang buruk kepada alam sekitar. Pada masa yang sama, tanah pertanian terbiar di tanah rendah masih banyak yang tidak diterokai. Oleh itu, MARDI mengambil inisiatif untuk menjalankan R&D bagi mencari varieti-varieti cili benggala yang sesuai ditanam di kawasan pertanian di tanah rendah. Hasil kajian,
menunjukkan varieti SP07 (CL44) memenuhi kriteria pemilihan. Hasil pengeluaran varieti ini adalah tinggi iaitu 1,488.6 sepokok, berat buah 128.7 g sebiji dan bilangan buah 22 biji sepokok yang ditanam di dalam SPH. Varieti ini mampu beradaptasi dengan cuaca yang panas (32 – 35 °C) di tanah rendah. Dengan penemuan ini, maka didapati bahawa cili benggala yang kebiasaannya ditanam di tanah tinggi boleh ditanam dan mengeluarkan hasil optimum di kawasan tanah rendah yang mempunyai suhu yang tinggi.

Teks penuh (1.31MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.