Kesan campuran Moringa oleifera dalam diet ayam terhadap prestasi pertumbuhan ayam pedaging

Category: Bil. 41

Muhammad Mohd Sabri, Jameā€™ah Hamed dan Wan Somarny Wan Md Zain

Ringkasan
Moringa oleifera ialah pokok tropika yang tumbuh dengan cepat dan menghasilkan dedaunan yang tinggi dengan nilai protein dan nutrien lain yang berharga. Dalam kajian ini, serbuk daun moringa digunakan dalam makanan ayam pedaging untuk menentukan kesan atas prestasi pertumbuhan ternakan. Kajian ini menggunakan 150 ekor anak ayam (Cobb) berumur satu hari sehingga ayam mencapai umur 49 hari. Kajian ini terbahagi kepada lima rawatan iaitu: Rawatan 1: (5% moringa + 25% tenaga/protein) + 70% pelet komersial; Rawatan 2: (10% moringa + 20% tenaga/protein) + 70% pelet komersial; Rawatan 3: (20% moringa + 10% tenaga/protein) + 70% pelet komersial; Rawatan 4: 30% moringa + 70% pelet komersial; dan Rawatan 5: 0% moringa (kawalan) + 100% pelet komersial. Hasil kajian menunjukkan bahawa pertambahan berat badan, kadar penukaran makanan, hasil karkas dan daging serta lemak abdominal secara signifikan (p <0.05) dipengaruhi oleh rawatan. Penambahan 5% moringa dalam diet ayam pedaging menunjukkan peningkatan berat badan, kecekapan kadar penukaran makanan dan hasil karkas yang ketara berbanding dengan rawatan lain termasuk kawalan. Ini menunjukkan bahawa 5% moringa adalah yang terbaik dan optimum digunakan dalam makanan ayam pedaging. Oleh itu, daun moringa boleh digunapakai dalam makanan ayam bagi mengurangkan kos secara ekonomi sambil meningkat produktiviti ayam.

Teks penuh (1.37MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.