Memanfaatkan perangkak web dalam pembangunan portal repositori maklumat pertanian berpusat
Mohd Shafiq Azizan, Aida Al-Quswa Mohamad Ali, Elmaliana Albahari, Nur Emeylia Afiza Mahiran dan Nur Aqilah Rashdan
Ringkasan
Data merupakan sumber maklumat penting bagi membuat penetapan kepada sesebuah keputusan. Kebiasaannya, sumber maklumat ini diperoleh daripada keratan akhbar, majalah, buku teks, jurnal, imej, video dan sebagainya. Penggunaan enjin carian seperti ‘Google’ adalah antara pilihan bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. Hasil daripada carian pengguna adakalanya dipaparkan tidak mengikut keutamaan dan mungkin tidak menepati kehendak. Oleh itu, penggunaan perangkak web dalam pengumpulan data dapat membantu mengatasi isu yang dihadapi pengguna serta dapat memperoleh maklumat dalam masa yang singkat. Teknik perangkak web yang digunakan serta arahan yang terkandung dalam kod program menentukan keberhasilan maklumat yang akan disimpan ke dalam repositori lokal. Di samping itu, kekangan yang terhasil semasa melaksanakan aktiviti merangkak web harus diberi perhatian bagi mengelakkan daripada internet protokol (IP) yang digunakan disekat serta kita perlu mengetahui akses capaian yang dibenarkan untuk dirangkak sesebuah laman web.