Mesin pembersih dan sanitasi tembikai

Category: Bil. 41

Zainun Mohd Shafie, Nur Azlin Razali, Hasmin Hakim Hasbullah, Masniza Sairi, Wan Mohd Fariz Wan Azman, Teoh Chin Chuang, Muhammad Aliq Jamaluddin, Mohd Hafiz Mohd Amin Tawakal, Mohd Zaimi Zainol Abidin, Ahmad Fadhlul Ab Rahman, Mohd Azmirredzuan Sani dan Sha’fie Alwi

Ringkasan
Tembikai mempunyai potensi komersial yang signifikan di Malaysia, dengan jumlah pengeluaran dan eksport yang tinggi. Perakuan fitosanitari memerlukan buah tembikai bebas daripada kekotoran dan rumpai di permukaan kulit tembikai sebelum dieksport. Terdapat kebimbangan pencemaran silang semasa proses pembersihan oleh pengeksport. Selain itu, saiz dan berat yang besar meningkatkan risiko kecederaan kepada buah dan pengendali semasa pembersihan dan sanitasi. Oleh itu, sebuah mesin telah dibangunkan untuk mengautomasikan proses pembersihan dan sanitasi. Mesin ini mempunyai ruang pembersihan menggunakan air yang dirawat dengan klorin dan mekanisme pengeringan dengan kapasiti sekitar 100 biji sejam. Ini dapat mengurangkan masa operasi dan ruang pengeringan sebelum pembungkusan. Berdasarkan kajian yang dijalankan, mesin lebih efisien dalam mengekalkan kualiti tembikai dengan mengehadkan
kecederaan fizikal, lebam dan jangkitan kulat pada buah berbanding dengan proses secara manual. Analisis komposisi juga menunjukkan tiada perbezaan ketara antara tembikai yang dirawat dan tidak dirawat selepas lima minggu penyimpanan. Ia mengesahkan keupayaan mesin untuk mengekalkan kualiti dalaman buah tembikai. Oleh itu, mesin ini menawarkan penyelesaian praktikal untuk menambah baik pengendalian lepas tuai dan meminimumkan kehilangan lepas tuai dalam rantaian bekalan tembikai. Penggunaan air terawat berklorin semasa pembersihan memanjangkan jangka hayat tembikai sehingga lima minggu, memberikan tambah nilai dan manfaat kepada kemapanan industri dan keselamatan makanan.

Teks penuh (1.56MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.