Pembangunan dan penilaian implemen penuai halia di ladang

Category: Bil. 42

Anuar Abdullah, Teoh Chin Chuang, Mohd Shahmihaizan Mat Jusoh, Wan Mohd Aznan Wan Ahamad, Hafidha Azmon, Mohd Nadzim Nordin, Khairul Idzwan Ayub, Mohd Fadly Abdul Rasid dan Ibrahim Embong

Ringkasan
Penanaman halia banyak diusahakan di seluruh negara sama ada untuk penghasilan halia muda mahupun tua. Halia matang biasanya akan dituai selepas 8 – 10 bulan selepas ditanam. Kaedah penuaian yang diamalkan pada masa sekarang dilaksanakan secara manual sepenuhnya. Walau bagaimanapun, keperluan sistem mekanisasi diperlukan semasa penuaian bagi pengeluaran berskala besar. Pembangunan mesin penuai halia telah dilaksanakan oleh MARDI. Hasil penilaian menunjukkan Kecekapan Ladang Berkesan (EFC) yang direkodkan ialah 0.051 ha/jam iaitu bersamaan 19.6 jam/ha. Masa penuaian menggunakan mesin ini dapat menjimatkan 52.2% masa penuaian berbanding dengan kaedah konvensional yang memerlukan 41 jam/ha atau 0.024 ha/jam. Selain itu, jumlah kerosakan akibat faktor mekanikal juga agak rendah iaitu 1.35%.

Teks penuh (2.47MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2025 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.