Perbandingan aktiviti antioksida dan ciri-ciri fizikokimia budu komersial

Category: Bil. 42

Azlina Mohd Danial, Azmi Azali, Azlina Mansor dan Aida Hamimi Ibrahim

Ringkasan
Umum mengetahui makanan peraman mempunyai nilai kesihatan. Kajian ini dijalankan untuk mengukur aktiviti antioksida dan mengenal pasti ciri fizikokimia sembilan produk budu diproses daripada pelbagai jenama yang dijual di pasaran tempatan. Dua kaedah telah digunakan untuk mengukur aktiviti antioksida iaitu jumlah kapasiti antioksida dan pemerangkapan hidrogen peroksida (H2O2). Semua produk didapati mempunyai aktiviti antioksida dengan tahap aktiviti yang berbeza-beza. Bagi jumlah kapasiti antioksida, produk B4, B3 dan B7 menunjukkan aktiviti yang paling tinggi (masing-masing 34.9 mg AAE/mL, 32.9 mg AAE/mL dan 25.7 AAE/mL) dan paling rendah ialah B5 (1.6 mg AAE/mL). Begitu juga untuk pemerangkapan H2O2, B3 (51.0 mg AAE/mL), B7 (50.5 mg AAE/mL) dan B1 (44.3 AAE/ mL) menunjukkan aktiviti yang tertinggi manakala B4 yang terendah (6.5 mg AAE/mL). Kajian ini telah mengenal pasti aktiviti antioksida dan ciriciri fizikokimia budu diproses keluaran tempatan yang terdapat di pasaran. Beberapa produk dikenal pasti berpotensi menjadi sumber makanan yang baik untuk pengguna terutama dalam menghalang pengoksidaan dengan berkesan menggunakan mekanisme yang berbeza seperti produk B3 dan B7. Seterusnya produk budu diproses ini juga boleh menjadi sumber nutrien yang sangat diperlukan oleh tubuh badan terutamanya protein. Kajian lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti sebatian bioaktif yang menyumbang kepada aktiviti antioksida yang tinggi dalam produk B3 dan B7.

Teks penuh (375KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2025 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.