Penilaian sensori dan proksimat daging dada Ayam Saga pejantan yang diberi makanan diformulasi dengan jagung bijian tempatan

Category: Bil. 42

Farah Nurshahida Mohd Subakir, Nooraisyah Saharani, Nor Syahirah Adnan, Nik Muhmmad Faris Nik Ruslan, Natrah Farina Mohamed, Norbaizura Hashim, Mazliana Baharudin dan Noraini Samat

Ringkasan
Berdasarkan kajian penilaian sensori dan komposisi proksimat yang dilaksanakan ke atas daging dada Ayam Saga yang diberikan rawatan formulasi makanan dengan jagung bijian import dan dengan jagung bijian tempatan GWG888, tiada perbezaan yang signifikan (p >0.05) antara rawatan yang direkodkan. Walau bagaimanapun, daging dada Ayam Saga daripada rawatan makanan jagung bijian tempatan GWG888 menunjukkan skor tinggi untuk tekstur, rasa dan penerimaan keseluruhan melalui penilaian deria. Analisis proksimat menunjukkan kandungan protein yang tinggi iaitu sebanyak 25.2% dan kandungan lemak yang lebih rendah sebanyak 1.80% direkodkan daripada sampel daging dada Ayam Saga yang diberi rawatan dengan jagung bijian tempatan GWG888 berbanding dengan rawatan kawalan. Sebagai kesimpulan, penggunaan jagung bijian tempatan boleh digunakan dalam formulasi makanan ayam berikutan ia memberi kesan yang setara seperti mana kesan daripada jagung import dalam aspek kualiti daging dada ayam.

Teks penuh (383KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2025 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.