Kaedah pengesanan residu azoxystrobin, isopyrazam dan metabolit SYN545364 pada tanaman padi menggunakan Kromatografi Cecair Berprestasi Ultra-Spektrometri Jisim Tandem (UPLC-MS/MS)
Jamaliah Jaafar
Ringkasan
Kaedah penentuan serentak residu fungisida daripada bahan aktif azoxystrobin, isopyrazam dan metabolit terbitannya (SYN545364) pada tanaman padi telah dibangunkan. Pengesanan analit dilakukan menggunakan Kromatografi Cecair Berprestasi Ultra - Spektrometri Jisim Tandem (UPLC– MS/MS). Proses validasi bertujuan untuk membuktikan kaedah analisis yang dibangunkan ini boleh diterima untuk bahan aktif kajian dengan padanan matriks beras putih, beras perang dan jerami padi, berdasarkan piawaian EC Guidance Document SANTE/11813/2017. Graf kalibrasi pada julat kepekatan 1 – 100 ng/g menghasilkan garis linear dengan R2 ? 0.996. Nilai had pengesanan racun diperoleh ialah 1 ng/g, manakala nilai had kuantifikasi ialah 10 ng/g. Peratus perolehan semula bagi semua matriks adalah dalam julat dibenarkan iaitu 74 – 112%. Cerapan data residu yang diukur untuk intra-day dan inter-day menunjukkan ketepatan relatif sisihan piawai untuk semua sebatian sasaran berada bawah aras 20%. Kaedah ini telah ditentusahkan dan boleh digunakan untuk mengesan azoystrobin, isopyrazam dan SYN54534 dalam produk padi.