Penilaian ayam kampung di MARDI sebagai ayam kampung penelur

Category: Bil. 42

Julie Marzlinda Mohd Razaki, Azlina Azma Ismail Affendee, Nooraisyah Saharani, Mohd Hafizzudin Ayob, Abdul Mu’in Hassan Basri, Azrikin Shah Aziz, Muhammad Syafri Famin Ahmad Azli, Muhammad Khairul Azwan Maslan, Syahirah Md Yusuf, Nurul Akmal Che Aziz, Zaidi Salleh, Norbaizura Hashim dan Muhammad Nazri Ismail

Ringkasan
Terdapat kekurangan pengeluaran bilangan ayam kampung di negara Malaysia untuk memenuhi keperluan permintaan daging ayam kampung yang semakin meningkat. Prestasi tumbesaran ayam kampung adalah perlahan manakala pengeluaran telur adalah rendah jika dibandingkan dengan ayam pedaging import. Oleh itu, beberapa titisan tulen (pureline) baka ayam kampung telah dibangunkan di MARDI untuk menilai potensinya sebagai baka ayam kampung yang mempunyai pengeluaran telur yang lebih tinggi untuk menghasilkan lebih banyak anak ayam kampung. Antara kajian yang dijalankan untuk menilai prestasi ayam kampung sebagai ayam kampung penelur adalah kaedah ukuran pin bone, kadar pengeluaran telur atau berat telur. Dengan mengetahui ciri-ciri ayam penelur, pemilihan dan mengenal pasti ayam betina yang berkualiti dapat meningkatkan pengeluaran telur yang lebih tinggi serta penghasilan anak ayam yang lebih berkualiti.

Teks penuh (734KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2025 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.