Kesan penggunaan probiotik terhadap komposisi karkas lembu Brakmas

Category: Bil. 42

Nasyatul Ekma Mohd Hussin, Dzulfazly Aminuddin, Nur Aisyah Ismael, Mohd Azlan Mohd Salehhudin, Muhammad Khairul Azwan Maslan dan Mohamad Noorazmi Mohd Zinal

Ringkasan
Probiotik yang digunakan dalam kajian ini merupakan bakteria asid laktik [lactic acid bacteria (LAB)] yang dipencil daripada rumen lembu baka Kedah-Kelantan. Bakteria ini dimasukkan ke dalam kapsul vegetatif dengan kepekatan sebanyak 107 cfu bagi setiap haiwan dan diberi selama tempoh 16 minggu. Setiap dua minggu, ukuran berat badan akan direkodkan, manakala rekod jumlah pengambilan makanan dikira pada setiap hari. Selepas cukup tempoh 16 minggu, lembu-lembu tersebut disembelih dan ukuran bagi setiap bahagian diambil untuk digunakan bagi mengira peratus pemotongan dan skor hasil. Pertambahan berat badan lembu Brakmas yang diberi probiotik didapati lebih tinggi (meningkat sebanyak 25.79% secara purata) daripada kumpulan kawalan dengan purata kenaikan harian meningkat sebanyak 35.64%. Walaupun kesan pemberian probiotik tidak memberi kesan yang signifikan terhadap nilai FCR, skor yang dicapai adalah lebih baik berbanding dengan kumpulan kawalan. Dalam kajian ini juga, pemberian probiotik didapati dapat meningkatkan beberapa komponen karkas tanpa memberi kesan negatif ke atas saiz organ dan skor hasil. Lembu yang diberi probiotik mempunyai rib eye yang lebih luas dan tebal (32.78 cm2 dan 5.33 cm) berbanding dengan kumpulan kawalan (24.25 cm2 dan 3.30 cm) namun tidak berbeza secara signifikan pada peratus skor hasil.

Teks penuh (723KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2025 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.