Potensi penggunaan diet tiruan dalam pengendalian pemeliharaan ulat ratus fall armyworm (FAW) secara massa

Category: Bil. 42

Nurin Izzati Mohd Zulkifli, Ainnur Arina Roslan, Hidayah Yahya dan Siti Noor Aishikin Abdul Hamid

Ringkasan
Ulat ratus, Spodoptera frugiperda (J. E. Smith) (Lepidoptera: Noctuidae), adalah serangga perosak invasif yang menyebabkan 50 – 100% kerosakan pada tanaman jagung di Malaysia, tetapi ia juga dibiakkan di makmal untuk tujuan penyelidikan. Pelbagai kajian terhadap FAW sedang giat dilakukan terutamanya menentukan kaedah kawalan yang berkesan, ekonomik dan mesra alam. Pemeliharaan FAW secara massa menggunakan diet semula jadi memerlukan kos yang sederhana dan tenaga kerja yang intensif. Objektif kajian ini adalah untuk menilai perkembangan FAW yang dipelihara menggunakan diet tiruan. Hasil kajian mendapati, FAW yang dipelihara menggunakan diet tiruan mempunyai berat yang lebih tinggi pada larva instar 4, 5 dan 6 berbanding dengan diet semula jadi. Walau bagaimanapun, tempoh perkembangan keseluruhan FAW pada diet tiruan lebih panjang berbanding dengan FAW pada diet jagung. Namun, FAW pada diet tiruan dan diet jagung berjaya berkembang sehingga ke peringkat pupa, muncul dewasa dan menghasilkan telur. Kesimpulannya, formulasi diet tiruan yang dipilih boleh digunakan dalam pemeliharaan secara massa ulat ratus FAW di makmal.

Teks penuh (1.09MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2025 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.