Teknologi pemprosesan puri keledek: Kesan rawatan klorin dalam proses pembersihan ubi keledek

Category: Bil. 42

Mohd Shahrir Azizan, Wan Mohd Fariz Wan Azman, Dr. Nur Ilida Mohamad, Rahimah Mohd Zaki, Saiful Azwan Azizan, Asnawi Shahar, Afiqah Aina Rahim, Ahmad Fadhlul Wafiq Ab. Rahman, Faewati Abdul Karim, Mohd Azmirredzuan Sani, Mohd Hafiz Mohamed Amin Tawakkal, Mohd Zaimi Zainol Abidin, Muhammad Aliq Jamaluddin, Masniza Sairi, Zainun Mohd Shafie dan Teoh Chin Chuang

Ringkasan
Produk segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dikenali sebagai pembawa mikroorganisma patogen yang sering menyebabkan wabak penyakit bawaan makanan serta kebimbangan kesihatan awam. Pembasmian kuman melalui proses rawatan air adalah langkah penting untuk menghapuskan bakteria patogen, kulat, virus, sista dan mikroorganisma lain yang berbahaya. Proses ini bertujuan untuk mencegah pemindahan organisma berbahaya daripada permukaan hasil segar kepada hasil lain semasa pengendalian lepas tuai, di samping meningkatkan keselamatan mikrobiologi produk untuk kegunaan manusia. Prapembersihan ubi keledek merupakan langkah kritikal dalam pemprosesan puri ubi keledek dan penggunaan sebatian berasaskan klorin terbukti efektif dalam mengurangkan pencemaran mikroorganisma. Kajian ini mendapati bahawa tahap optimum klorin sebanyak 150 ppm adalah konsentrasi terbaik untuk proses pembersihan ubi keledek sebelum pemprosesan. Pada tahap ini, klorin berkesan dalam mengurangkan risiko pencemaran tanpa menjejaskan kualiti produk dengan jumlah koloni bakteria yang diukur [Total Plate Count (TPC)] berada pada nilai <104 cfu/g. Hasil kajian ini memberi panduan praktikal kepada industri pertanian dan pemprosesan makanan dalam memastikan produk yang lebih selamat, berkualiti dan mematuhi standard keselamatan makanan.

Teks penuh (164KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2025 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.