Industri cendawan tempatan: Sistem rumah cendawan persekitaran terkawal IoT pintar

Category: Bil. 42

Ten Seng Teik, Khairul Asfamawi Khulidin, Ganisan Krishnen, Mohamad Hafiz Hashim dan Syaliyana Khairudin

Ringkasan
Cendawan dikenali sebagai makanan berkhasiat yang mempunyai nilai perubatan. Pada masa kini, penanaman cendawan dilakukan secara konvensional dan tidak sistematik. Justeru, rumah cendawan persekitaran terkawal (RCPT) telah dibangunkan dengan transformasi rumah hijau menjadi rumah cendawan persekitaran terkawal bersepadu dengan sistem Internet kebendaan (IoT). Iklim mikro RCPT ini dikawal secara automatik dengan gabungan parameter data yang didapati daripada pelbagai jenis penderia. Penyepaduan sistem IoT dapat mempertingkatkan sistem ini untuk mengatasi perubahan cuaca yang melampau. Proses pengaturcaraan (pengawalan) dan pemantauan boleh dilakukan sama ada secara in situ atau dari jarak jauh. Sistem RCPT telah dioptimumkan untuk penanaman cendawan tiram kelabu (Pleurotus pulmonaris) dengan mengenal pasti pencilan terbaik untuk pengeluaran berskala besar. Untuk mengoptimumkan pertumbuhan cendawan, integrasi antara penderia (sensor), sistem mekanikal dan elektronik perlu diselaraskan. Sistem yang dibangunkan dapat mengawal suhu secara konsisten dan mengekalkan kelembapan relatif (RH) dalam julat 18 – 27 °C dan tidak kurang daripada 70% (? 70%). Pengoptimuman sistem dapat meningkatkan hasil sekurangkurangnya 30% berbanding dengan rumah cendawan konvensional. Kadar kerosakan adalah bawah 2% dan dianggap sangat rendah berbanding dengan rumah cendawan konvensional yang kebiasaannya melebihi 10%.
Sistem ini dijangka dapat menyediakan prasarana penyelidikan untuk kajian cendawan yang berkhasiat dan mempunyai nilai perubatan.

Teks penuh (721KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2025 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.