Teknologi pengendalian lepas tuai untuk memanjangkan hayat simpanan ubi keladi segar melalui kaedah kombinasi rawatan
Zaulia Othman, Noor Ismawaty Nordin, Nur Allisha Othman, Mohd Effendi Mohamed Nor, Suriani Mohd Nor, Ishak Hashim, Nur Syafini Ghazali, Noor Safuraa Samsuddin, Dewi Jamaliah Kamsiar, Mohamad Azlan Masri, Mohd Effendi Mohamed Nor, Mohamad Hafizi Mohd Zamberi, Muhammad Faidhi Towhid, Nur Syafieqah Zailani, Umikalsum Mohamed Bahari dan Mohd Shukri Mat Ali @ Ibrahim
Ringkasan
Pengendalian lepas tuai keladi yang disarankan bagi memanjangkan hayat simpanan ubi keladi dari empat hari pada suhu persekitaran (ambient) ke 5 minggu pada suhu 10 °C adalah dengan mengamalkan kombinasi berikut, (1) kaedah penuaian yang sesuai, (2) pemilihan indeks kematangan yang sesuai (7 bulan selepas tanam), (3) pengendalian yang cermat di ladang, (4) pembungkusan, penyusunan, pengudaraan dan pengangkutan yang sesuai dari ladang ke rumah pembungkusan (5) pemunggahan yang cermat di rumah pembungkusan (unloading), (6) operasi rumah pembungkusan yang sesuai (pemilihan, perapian, pembersihan, sanitasi, pengeringan air di permukaan, pembungkusan), (7) rawatan (curing pada 25 °C selama 2 – 3 hari dengan RH 85 – 95%), (8) pembungkusan yang sesuai (beg plastik PP 0.08 mm) dan (9) penyimpanan pada suhu penyimpanan optimum (10 °C) boleh memanjangkan hayat simpanan. Teknik pengendalian lepas tuai yang berjaya mengekalkan kualiti hasilan dan hayat simpanan yang panjang ini membolehkan hasilan berkualiti dipasarkan di pasaran tempatan dan eksport, serta mengurangkan peratus kehilangan lepastuai di sepanjang rantaian nilai.