Baja pelepasan terkawal di sawah padi

Category: Bil. 43

Mohamad Najib Mohd Yusof, Rosnani Harun dan Andrew Wong

Ringkasan
Beras merupakan makanan ruji penduduk Malaysia dengan kadar sara diri berada pada kadar 56.2% direkodkan pada tahun 2023 dan disasarkan pada kadar 75% menjelang 2025. Salah satu faktor penyumbang kepada peningkatan hasil pengeluaran adalah pembajaan. Teknologi pelepasan terkawal merupakan teknologi yang berpotensi untuk diteroka khususnya dalam penanaman padi di Malaysia. Teknologi baja ini dapat mengurangkan pembaziran sumber baja melalui pengurangan dalam kehilangan nutrien, pengurangan jumlah berat baja seterusnya memberi impak positif kepada pencemaran alam sekitar dan meningkatkan kecekapan penggunaan baja berbanding dengan penggunaan baja tanpa salutan. Melalui hasil kajian yang dijalankan selama dua musim berturut-turut, penggunaan baja pelepasan terkawal dengan 50% pengurangan sumber nitrogen, fosforus dan kalium berserta campuran mikrob didapati berpotensi digunakan dalam pengeluaran padi di Malaysia.

Teks penuh (828KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2025 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.