Peningkatan kecekapan pengurusan ternakan kambing tenusu di MARDI Kluang

Category: Bil. 43

Siti Syamsiah Ismail, Nur Hafizah Mohamed, Izuan Bahtiar Ab Jalal, Sa'adiah Jamli, Nurulhuda Md Ozman, Noor Izza Mahat, Norzuraiti Mohd Isa, Mohd Azlan Mohd Sallehudin dan Raziyah Abdullah

Ringkasan
Industri kambing tenusu di Malaysia telah wujud sejak dahulu lagi. Walau bagaimanapun, terdapat banyak cabaran yang dihadapi oleh penternak seperti kekurangan baka kambing yang boleh beradaptasi kepada persekitaran tempatan, masalah kekurangan sumber makanan berkualiti, masalah penyakit seperti cacing dan mastitis, masalah pemasaran serta kekurangan panduan sistem pengurusan ternakan daripada pihak kerajaan. Secara umumnya, pengurusan kambing tenusu terbahagi kepada pelbagai aspek seperti pemilihan baka yang sesuai, pengurusan makanan yang baik, amalan pengurusan tenusu seperti pemerahan yang betul, pemprosesan dan penyimpanan produk tenusu, pengurusan kesihatan ternakan, pengurusan pembiakan, pengurusan rekod ladang dan lain-lain. Bagi mencapai kemajuan dan peningkatan pengeluaran hasil susu serta produknya, pengurusan kambing tenusu yang praktikal dan sistematik perlu dititik beratkan oleh penternak bagi meningkatkan ekonomi ladang itu sendiri.

Teks penuh (4.75MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2025 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.