Peningkatan kualiti telur dengan penambahan selenium dalam makanan ayam penelur

Category: Bil. 43

Yong Su Ting, Wan Somarny Wan Md Zain dan Noraini Samat

Ringkasan
Selenium (Se) ialah mikromineral penting dalam makanan unggas yang berfungsi untuk kesihatan dan fungsi badan. Kekurangan mineral Se boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan dan penurunan produktiviti termasuk fungsi imun yang terjejas dan penurunan pengeluaran telur. Pemantauan kesihatan unggas secara berkala amat diperlukan. Oleh kerana unggas tidak dapat mensintesis Se, ia perlu dibekalkan sama ada dalam bentuk pracampuran (premix) atau supplemen dalam makanan. Bekalan mineral Se yang mencukupi dan seimbang adalah kunci untuk kesihatan yang optimum. Selain itu, Se memainkan peranan penting dalam penghasilan telur berkualiti tinggi seperti telur yang diperkaya dengan Se. Kehadiran Se juga dapat meningkatkan penyerapan asid lemak omega-3 ke dalam telur. Ini dapat meningkatkan nilai pemakanan telur dan memberikan manfaat kesihatan tambahan kepada pengguna.

Teks penuh (763KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2025 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.