Pembangunan konfeksi gula-gula kenyal daripada bunga telang

Category: Bil. 43

Hafiz Aizat Yanan, Nor Zalina Mat Saad, Saiful Bahri Sa’ari, Raja Arief Deli Raja Nasharuddin, Nur Baizura Sa’dom dan Ahmad Fuad Badrun

Ringkasan
Para pengguna masa kini sedar tentang keperluan untuk mengikuti diet yang sihat dan ada permintaan terhadap produk makanan semula jadi dan berkhasiat, terutamanya untuk kanak-kanak. Gula-gula kenyal mewakili kira-kira 50% daripada nilai pasaran konfeksioneri, diperbuat dengan asas daripada gelatin. Produk konfeksi telah menarik perhatian pengguna dari semua peringkat umur, terutamanya golongan kanak-kanak, disebabkan oleh tekstur, rupa dan rasa yang unik. Kajian ini dijalankan bagi membangunkan gula-gula kenyal dengan penambahan bunga telang bagi menghasilkan produk konfeksi yang lebih berkhasiat. Produk gula-gula kenyal bunga telang ini mengandungi kalsium dan kalium yang diperlukan bagi memelihara kesihatan tulang, gigi dan sistem saraf. Gula-gula kenyal bunga telang ini adalah stabil dan selamat untuk dimakan setelah disimpan selama enam bulan pada suhu bilik. Produk inovasi gula-gula kenyal bunga telang yang dibangunkan merupakan alternatif kepada gula-gula kenyal konvensional yang sedia ada di pasaran semasa.

Teks penuh (822KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2025 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.