Pengenalan dan pemerkasaan Pengurusan Perosak dan Penyakit Bersepadu di Farmer Field School tanaman keladi

Category: Bil. 43

Aminah Mahmud, Nurin Izzati Mohd Zulkifli, Nor Asiah Ismail, Nurul Farisa Reward dan Ainnur Arina Roslan

Ringkasan
Pengurusan Perosak dan Penyakit Bersepadu (IPM) merupakan elemen penting dalam pertanian lestari. Pelaksanaan program FFS berperanan penting dalam memperkenalkan dan memperkukuhkan amalan pertanian baik dalam kalangan petani keladi. Melalui latihan praktikal secara terus di lapangan, petani didedahkan mengenai pengenalpastian perosak dan penyakit utama serta kaedah kawalan perosak dan penyakit secara bersepadu. Program ini berjaya menambah pengetahuan dan kemahiran kepada petani keladi dalam menguruskan tanaman secara lebih cekap dan mampan. Dengan mengaplikasikan kaedah ini, petani dapat mengurangkan kebergantungan kepada racun kimia, sekali gus mengurangkan impak negatif terhadap persekitaran. Petani yang mengamalkan teknik ini berupaya memelihara biodiversiti, mengurangkan pencemaran alam sekitar dan memastikan kesejahteraan ekosistem dalam jangka panjang. Secara keseluruhannya, program FFS memainkan peranan penting sebagai medium pendidikan dan latihan dalam memperkasakan petani serta mempromosikan amalan pertanian mesra alam yang efektif dan mampan dalam industri penanaman keladi di Malaysia.

Teks penuh (978KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2025 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.