Pemprosesan minuman buah pedada tanpa endapan

Category: Bil. 43

Chua Hun Pin, Nicholas Daniel, Koh Soo Peng, Siah Watt Moey, Syahida Maarof, Zakaria Abdul Rahman, Hazanizam Ahmad Sedenan, Ashahida Amran, Norman Isman dan Muhammad Shafiq Johari

Ringkasan
Hutan paya bakau di Malaysia adalah ekosistem pesisir yang dinamik dan penting bagi kelestarian alam serta kesejahteraan masyarakat setempat. Salah satu spesies bakau yang signifikan adalah pedada, yang memiliki nilai tradisional dan potensi untuk dikembangkan menjadi produk bernilai tambah iaitu minuman buah sedia diminum atau ready-to-drink (RTD). Namun begitu, minuman buah pedada yang mengandungi pulpa dan serat akan menghadapi masalah pengendapan yang boleh menjejaskan daya tarikan produk. Teknologi pemprosesan minuman buah pedada tanpa endapan telah dibangunkan dengan menggunakan gam gellan sebagai agen pembentuk gel. Prinsip pemprosesan, formulasi bahan mentah dan parameter pemprosesan dihuraikan dalam artikel ini. Ujian mikrobiologi dan ujian nilai rasa telah dijalankan bagi menentukan kualiti dan jangka hayat produk yang mana minuman buah pedada tanpa endapan yang dihasilkan mempunyai jangka hayat sehingga 18 bulan penyimpanan pada suhu bilik.

Teks penuh (855KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2025 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.