Pengaruh suhu dan kelembapan bilik penyimpanan terhadap kualiti biji benih padi

Category: Bil. 43

Mohamad Jani Saad, Teoh Chin Chuang, Masniza Sairi, Azzami Adam Muhamad Mujab, Amir Ridzuan Shamsulkamal dan Muhamad Qarari Ridzwan

Ringkasan
Penanaman padi merupakan aktiviti pertanian kedua terbesar selepas industri kelapa sawit di Malaysia. Keluasan penanaman padi ialah 614,082 hektar pada tahun 2023. Pengeluaran padi menunjukkan pertumbuhan positif sebanyak 2,138,788 tan pada tahun 1994 kepada 2,175,749 tan pada tahun 2023. Penanaman padi bermula daripada benih yang perlu dibekalkan dan disimpan bagi memastikan kesinambungan penanaman padi serta bekalan beras negara terus terjamin. Penambahbaikan sistem penyimpanan benih padi di MARDI Parit Perak, telah dilaksanakan. Keupayaan bilik simpanan dengan suhu 15 – 20 °C dan kelembapan bandingan 50 – 60% terhadap kualiti tiga varieti benih padi telah dikaji. Beberapa analisis telah dijalankan, termasuk ujian percambahan, perubahan warna, kawalan serangga dan ketumpatan pukal (BD) benih padi sepanjang tempoh penyimpanan. Hasil kajian menunjukkan bahawa kadar percambahan benih padi yang disimpan di dalam bilik simpanan kekal melebihi 80%, berbanding dengan yang disimpan di luar bilik. Selain itu, penyimpanan di dalam bilik simpanan yang mempunyai suhu dan kelembapan relatif (RH) yang rendah juga berjaya mencegah pembiakan serangga. Penyimpanan di dalam bilik simpanan dengan suhu dan kelembapan yang sesuai telah terbukti dapat mengekalkan kadar percambahan benih, menghalang serangan serangga dan seterusnya menjamin keselamatan makanan negara.

Teks penuh (597KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2025 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.