Potensi penggunaan baja NPK larut air untuk penanaman tembikai

Category: Bil. 44

Muhamad Hafiz Muhamad Hassan, Fakhrul Zaman Omar, Hartinee Abbas, Noor Faimah Ghazali dan Muhammad Hanam Hamid

Ringkasan
Dewasa ini, pengeluaran tembikai di Malaysia adalah berasaskan kepada teknologi pembajaan konvensional iaitu menggunakan baja butir atau granul. Aplikasi baja granul secara tabur merupakan kaedah konvensional yang pada umumnya meningkatkan kos penggunaan tenaga kerja serta memakan masa yang panjang. Oleh yang demikian, satu pakej pembajaan baja larut air NPK telah dihasilkan khas untuk penanaman tembikai. Pakej baja yang dihasilkan adalah mengikut keperluan nutrien tanaman tembikai pada tiga fasa utama pertumbuhan meliputi fasa vegetatif, reproduktif dan pembuahan. Secara asasnya, pakej baja sebanyak 125% yang mengikut keperluan nutrien pokok tembikai dengan komposisi nutrien sebanyak 135 kg N, 309.15 kg P2O5 dan 192 K2O per hektar, merupakan kadar yang optimum untuk diaplikasikan dalam penanaman tembikai. Ini boleh dilakukan melalui siraman di sekeliling kanopi pokok tembikai pada 2, 20 dan 45 hari lepas tanam. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan baja larut air NPK meningkatkan prestasi pertumbuhan tanaman tembikai secara signifikan berbanding dengan baja granul. Baja ini menggalakkan pertumbuhan vegetatif, memanjangkan tempoh berbuah, meningkatkan berat buah, serta meningkatkan kualiti buah, khususnya kandungan larut pejal. Selain aplikasi manual, baja larut air ini berpotensi untuk diintegrasikan dengan sistem IoT untuk pembajaan automatik, selaras dengan aplikasi pertanian moden yang menekankan kecekapan penggunaan nutrien. Kesimpulannya, pakej teknologi baja larut air ini berpotensi untuk mengoptimumkan hasil dan kualiti tembikai, menghasilkan produk buah tembikai yang premium untuk pasaran tempatan dan eksport.

Teks penuh (1.17MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2026 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.