Perbandingan sistem penanaman dukung anak secara vertikal dan konvensional
Izyani Raship, Yaseer Suhaimi Mohd, Mohd Rani Awang, Noor Ismawaty Nordin dan Samsiah Jusoh
Ringkasan
Teknologi penanaman dukung anak melalui sistem vertikal menggunakan medium tanaman cocopeat mampu memberi kesan positif kepada tumbesaran dan tahap kandungan logam berat di dalamnya. Penanaman secara vertikal ini menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan serta peningkatan hasil yang lebih tinggi berbanding dengan penanaman secara konvensional. Penanaman secara vertikal meningkatkan hasil berat basah hampir 20 kali ganda (peningkatan 1882.6%) dan kepadatan pokok sebanyak lapan kali ganda (peningkatan 700%) berbanding dengan kaedah konvensional. Selain itu, sistem vertikal juga menunjukkan tahap kandungan logam berat yang lebih rendah. Teknologi pengeluaran dukung anak secara sistem penanaman vertikal bagi pengeluaran hasil yang lebih selamat (bebas kandungan logam berat) berpotensi dipraktiskan secara berskala printis dalam industri farmaseutikal.
