Penggunaan clinoptilolite zeolite dalam mengurangkan pelepasan gas rumah kaca dan meningkatkan produktiviti tanaman nanas di tanah gambut

Category: Bil. 44

Liza Nuriati Lim Kim Choo, Jeffrey Lim Seng Heng, Nurul Ain Abu Bakar, Mohd Syauqi Nazmi dan Norziana Zin Zawawi

Ringkasan
Kawasan pertanian tanah gambut membebaskan gas karbon dioksida (CO2) dan nitrus oksida (N2O) secara berterusan disebabkan oleh aktiviti pembajaan dan rizab karbon serta nitrogen tanah yang tinggi. Justeru, MARDI telah mengambil inisiatif untuk mengurangkan pembebasan gas rumah kaca (GHG) dan meningkatkan produktiviti tanaman nanas di tanah gambut melalui pembangunan bahan mitigasi tak organik yang merupakan formulasi campuran mineral clinoptilolite zeolite dan baja sebatian NPK. Aplikasi bahan mitigasi clinoptilolite pada kadar 0.95 t/ha pada peringkat umur nanas tiga, enam dan sembilan bulan berupaya mengurangkan pembebasan gas CO2 (17.6 – 69.2%), N2O (19.2 – 33.9%) dan metana (CH4) (20.1 – 35.5%) secara serentak. Penggunaan clinoptilolite zeolite dalam regim pembajaan nanas juga berkesan mengurangkan keasidan tanah, meningkatkan kandungan ketersediaan makronutrien utama tanah dan menyumbang kepada peningkatan hasil nanas MD2 (32 – 35%) berbanding dengan amalan agronomi konvensional menggunakan baja sebatian NPK. Aplikasi clinoptilolite zeolite turut memberi impak perubahan iklim yang lebih rendah, menawarkan potensi penjualan karbon kredit karbon (RM266.52/ha) dan memberi faedah positif (BCR: 3.56) untuk perusahaan nanas di tanah gambut.

Teks penuh (1.53MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2026 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.