Sistem mekanisasi pengendalian lepas tuai dan pemprosesan halia

Category: Bil. 44

Masniza Sairi, Badaruzzaman Mohamad Noh, Sharifah Hafiza Mohd Ramli, Hasmin Hakim Hasbullah, Wan Mohd Fariz Wan Azman, Saiful Azwan Azizan, Afiqah Aina Rahim, Asnawi Shahar, Mohamad Jani Saad, Ishak Hashim, Zainun Mohd Shafie, Ruwaida Abdul Wahid, Mohd Shahrir Azizan, Rosalizan Md Salleh, Noor Ismawaty Nordin, Sharizan Ahmad dan Teoh Chin Chuang

Ringkasan
Artikel ini membincangkan pembangunan dan penilaian prestasi Sistem Mekanisasi Pengendalian Lepastuai dan Pemprosesan Halia yang merangkumi Sistem Mekanisasi Pembersihan Halia dan Sistem Mekanisasi Pemprosesan Puri Halia dan Halia Kering oleh Pusat Penyelidikan Kejuruteraan, MARDI. Sistem Mekanisasi Pembersihan Halia memfokus halia segar, manakala Sistem Mekanisasi Pemprosesan Puri Halia dan Halia Kering memfokus kepada teknologi penghasilan produk halia berkos efektif sebagai model kepada usahawan tani skala Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk meneroka industri ini. Sistem Mekanisasi Pembersihan Halia digunakan dalam proses pembersihan bagi memanjangkan jangka hayat halia yang bermanfaat untuk pasaran segar. Sistem Mekanisasi Pemprosesan Puri Halia dan Halia Kering digunakan untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti produk halia yang mempunyai potensi pasaran lebih besar. Penilaian prestasi telah dilaksanakan bagi kedua-dua sistem ini dari aspek kadar kerja, dan penilaian kesan sistem terhadap kualiti produk.

Teks penuh (1.28MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2025 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.