Kandungan nutrisi bijirin sorgum varieti India dan Brachy

Category: Bil. 44

Sabeetha Sarmin, Hadijah Hassan, Thiyagu Devarajan dan Mohd Firdaus Saudi

Ringkasan
Sorgum merupakan bijirin yang kurang dikenali tetapi berpotensi tinggi sebagai sumber makanan alternatif di Malaysia, terutama dalam usaha memperkukuh keterjaminan makanan dan mempelbagaikan sumber karbohidrat tempatan. Kajian ini dijalankan bagi menentukan kandungan nutrisi sorgum varieti India dan Brachy yang ditanam di plot tanaman MARDI Serdang dan Bachok. Hasil analisis menunjukkan sorgum merupakan sumber tenaga yang baik di mana kandungan karbohidratnya tinggi (74 – 78%). Kandungan protein sorgum yang ditanam di Bachok (11.38 – 11.80%) boleh dilabelkan sebagai “tinggi protein” manakala sorgum yang ditanam di Serdang (7.50% dan 8.93%) boleh dilabelkan sebagai “sumber protein”. Selain itu, analisis kandungan vitamin dan mineral menunjukkan sorgum mengandungi tinggi magnesium (59.9 – 70.1 mg/100 g), selenium (19 – 24 ?g/100 g) dan fosforus (438 – 629 mg/100 g). Kandungan natrium, kalium, kalsium, zat besi dan zink berada pada tahap sederhana hingga rendah berbanding dengan keperluan harian cadangan pengambilan zat (RNI) Malaysia 2017. Bagi kandungan vitamin pula, sorgum mengandungi vitamin yang rendah kecuali vitamin B1 (4.2 – 9.3 mg/100 g) yang boleh dilabelkan sebagai “tinggi” dan vitamin B6 (0.2 – 0.6 mg/100 g) yang dilabelkan sebagai “sumber”. Daripada hasil analisis, dapat disimpulkan pengambilan sorgum dalam diet harian dapat membantu mencapai keseimbangan makronutrien dan mikronutrien bagi keperluan pemakanan individu dewasa di Malaysia. Namun, kandungan vitaminnya yang rendah kecuali vitamin B1 dan B6 memerlukan penambahan atau fortifikasi bagi memenuhi saranan pengambilan zat untuk Malaysia.

Teks penuh (556KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2025 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.