Penanaman halia hitam menggunakan sistem hidroponik ebb-flow

Category: Bil. 44

Yaseer Suhaimi Mohd, Rosalizan Md Saleh, Mirfat Ahmad Hasan Salahuddin, Samsiah Jusoh dan Suhana Safari

Ringkasan
Sistem hidroponik ebb-flow merupakan kaedah inovatif dalam pertanian tanpa tanah yang sesuai untuk pelbagai tanaman termasuk halia hitam (Kaempferia parviflora). Halia hitam semakin mendapat perhatian kerana khasiat perubatannya serta nilai komersial yang tinggi. Kaedah hidroponik ebb-flow membolehkan kawalan persekitaran yang lebih baik, meningkatkan hasil tanaman serta mengoptimumkan penggunaan air dan nutrien. Sistem ini meningkatkan kepadatan tanaman hingga 12 pokok/m² serta mampu menghasilkan rizom 6.6 kg/m² berbanding dengan 1 kg/m² dalam sistem konvensional. Penggunaan kaedah ini membolehkan tanaman dituai selepas 240 hari dengan pengeluaran hasil empat kali ganda lebih tinggi (0.5 kg/pokok) berbanding dengan konvensional (0.125 kg/pokok). Dari segi ekonomi, kos pengeluaran halia hitam melalui hidroponik ialah RM24.50/kg dengan tempoh pulangan modal 2.23 tahun, lebih baik berbanding dengan RM38.53/kg dalam sistem konvensional.

Teks penuh (615KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2025 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.