Potensi penyuntingan genom untuk penghasilan alel baharu bagi gen kerintangan dalam tanaman padi

Category: Bil. 44

Zulkifli Ahmad Seman, Fatin Athirah Mustaffa, Noor Shahira Md Yusoff, Kogeethavani Ramachandran, Mohd Waznul Adly Mohd Zaidan, Amin Asyraf Tamizi, Mohd Shahril Firdaus AB Razak dan Zuraida AB Rahman

Ringkasan
Padi, sebagai makanan ruji bagi sebahagian besar populasi global, sentiasa berdepan dengan ancaman berterusan daripada pelbagai patogen dan perosak sekali gus memerlukan pembangunan varieti tanaman yang lebih tahan lasak. Penggunaan gen kerintangan dalam tanaman padi merupakan amalan yang berkesan untuk mengawal penyakit dan meminimumkan kerosakan terhadap
alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan bahan kimia pertanian. Teknologi penyuntingan genom seperti CRISPR/Cas telah merevolusikan bidang biologi molekul dengan menawarkan kaedah yang tepat dan cekap untuk pengubahsuaian khusus dalam genom padi. Kajian ini menjurus kepada mengaplikasi teknologi penyuntingan genom untuk menghasilkan alel baharu bagi gen kerintangan dalam padi, dengan matlamat meningkatkan keupayaan semula jadi tumbuhan untuk mendepani ancaman penyakit yang sentiasa berubah. Dengan memanfaatkan teknologi penyuntingan genom, para penyelidik dapat memperkenalkan pengubahsuaian genetik yang bersesuaian untuk mengukuhkan mekanisme pertahanan tumbuhan tanpa menjejaskan ciri-ciri asasnya. Di MARDI, kami memanfaatkan kemajuan terkini dalam metodologi penyuntingan genom yang boleh digunakan pada padi varieti tempatan dan meneroka cabaran berpotensi serta prospek masa depan bagi pengurusan varieti padi yang telah disunting dalam landskap pertanian negara. Secara ringkasnya, artikel ini menyoroti potensi penyuntingan genom dalam membentuk semula landskap genetik padi untuk menghadapi cabaran yang muncul, sekali gus menyumbang kepada keselamatan makanan global dan amalan pertanian mampan.

Teks penuh (1.87MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2025 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.