Kaedah penilaian insiden penyakit Begomovirus dan kesan terhadap tanaman tomato di ladang organik MARDI
Aminah Mahmud, Nurul Farisa Reward, Ainnur Arina Roslan, Nurin Izzati Mohd Zulkifli dan Nor Ayshah Alia Ali Hassan
Ringkasan
Penyakit virus tanaman merupakan cabaran utama bagi industri pertanian organik yang semakin berkembang pesat, terutamanya di negara seperti Malaysia yang giat mempromosikan pendekatan pertanian mampan. Berbeza dengan sistem pertanian konvensional, pertanian organik tidak menggunakan racun perosak atau bahan kimia sintetik, sebaliknya bergantung sepenuhnya kepada kaedah kawalan semula jadi dalam pengurusan penyakit dan perosak. Dalam kajian ini, insiden jangkitan virus telah dikenal pasti pada tanaman tomato di ladang organik, dan kesannya terhadap pertumbuhan pokok turut diperhatikan melalui pemantauan. Sehubungan itu, pengurusan bersepadu yang menekankan kawalan vektor pembawa virus perlu dilaksanakan sejak peringkat awal penanaman bagi mengurangkan risiko jangkitan dan menjamin pengeluaran hasil yang lebih stabil, berkualiti dan mampan.
