Kaedah integrasi tanaman fungsian dan keberkesanannya dalam penanaman tomato secara organik

Category: Bil. 45

Nor Ayshah Alia Ali Hassan, Ahmad Arif Ismail dan Azlan Azizi Muhamad Nor

Ringkasan
Pengeluaran tomato secara organik di Malaysia masih lagi rendah berbanding dengan pengeluaran secara konvensional. Salah satu faktor yang mempengaruhi perkara ini adalah pengurusan perosak dan penyakit yang kurang cekap. Tanaman fungsian berpotensi sebagai salah satu alternatif bagi kawalan biologi, bersesuaian dengan konsep penanaman secara organik yang mesra alam. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti kesan faedah atau kebaikan kaedah integrasi tanaman fungsian dalam penanaman tomato secara organik. Penggunaan tanaman fungsian yang diintegrasi bersama tanaman tomato dinilai melalui kadar pertumbuhan dan hasil tanaman tomato. Terdapat tiga jenis tanaman fungsian yang dipilih iaitu bunga matahari dan marigold yang bertindak sebagai tanaman penarik serta tanaman bawang sebagai tanaman penolak. Penilaian penyakit yang menjangkiti tanaman tomato dilaksanakan secara visual dan peratus keterukan penyakit ditentukan berpandukan kepada nilai skala. Kepelbagaian berfungsi mikroorganisma dinilai melalui kepelbagaian mikroorganisma, kekayaan dan keseragaman spesies. Kajian ini mendapati kaedah integrasi tanaman fungsian bersifat penarik (insect attractant) dan penolak (insect repellent) terhadap serangga meningkatkan ketinggian dan hasil tomato serta dan kerintangan terhadap penyakit bawaan fungus. Dalam kajian ini, kepelbagaian berfungsi mikroorganisma tidak dipengaruhi oleh kaedah integrasi tanaman disebabkan faktor persekitaran dan amalan pembajaan yang sama. Kaedah integrasi tanaman ini boleh dijadikan sebagai salah satu strategi bagi pengurusan perosak dan penyakit penanaman tomato secara organik.

Teks penuh (852KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2026 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.