Teknologi penanaman dan pengurusan ladang nangka organik
Noor Baiti Abdul Aziz, Munirah Mohamad, Norsyuhaida Ahmad Shafawi, Suhana Yusof, Suhanna Ahmad, Joanna Cho Lee Ying, Faridah Manaf, Munirah Tharek, Noriha Mat Amin, Haryati Mansor, Nur Azlin Razali, Mohd Zaki Razali, Nurul Faizah Mohd Ridzuan dan Mohd Khairil Abas
Ringkasan
Pertanian organik merupakan salah satu langkah inisiatif ke arah pemerkasaan hasil pertanian yang sihat dan selamat untuk dimakan. Perladangan organik yang melibatkan komoditi nangka di Malaysia adalah sangat baharu dan sedikit berbanding dengan sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan yang lain. Walau bagaimanapun, berikutan terdapat potensi dari segi penerimaan dan permintaan pasaran nangka organik tempatan dan eksport, maka pembangunan ladang organik nangka yang komprehensif dapat memberi dimensi baharu kepada industri nangka negara. Amalan pengurusan ladang nangka organik yang mampan merupakan antara aspek penting yang perlu dipatuhi dan diberi perhatian khusus dari segi pelaksanaan yang mengikut prosedur operasi piawai. Justeru, maklumat yang berkaitan dalam artikel ini diharap dapat menjadi panduan dan rujukan kepada usahawan atau pemilik perniagaan yang berminat untuk menceburi bidang penanaman nangka organik.
