Aplikasi bakteria pengikat nitrogen (BNF) dan keberkesanannya ke atas produktiviti tanaman cili organik

Category: Bil. 45

Illani Zuraihah Ibrahim, Munirah Tharek, Nor Ayshah Alia Ali Hassan, Noriha Mat Amin, Haryati Mansor dan Norhaniza Roselee

Ringkasan
Pertanian organik semakin mendapat perhatian sebagai kaedah pengeluaran makanan yang mampan, mesra alam dan sihat untuk pengguna. Dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada input sintetik seperti baja kimia dan racun perosak, penggunaan input biologi seperti mikrob penggalak pertumbuhan tanaman telah menjadi tumpuan utama penyelidikan dan pembangunan. Salah satu pendekatan yang berpotensi besar dalam menyokong sistem pertanian organik ialah aplikasi bakteria pengikat nitrogen (BNF) kepada tanaman untuk pengeluaran makanan yang lebih mampan. BNF adalah merujuk kepada kumpulan mikroorganisma yang berupaya menukarkan gas nitrogen (N2) daripada atmosfera kepada bentuk nitrogen yang boleh digunakan oleh tumbuhan seperti ammonium (NH4 +). Proses ini berlaku secara semula jadi dan merupakan sebahagian daripada kitaran nitrogen bumi. Bakteria pengikat nitrogen boleh wujud secara simbiotik bersama tumbuhan (contohnya Rhizobium dengan kekacang). Beberapa bakteria berjaya dipencilkan dan dijadikan inokulan bagi aplikasi pada uji kaji tanaman cili organik di MARDI.

Teks penuh (994KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2026 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.