Aplikasi dan keberkesanan cecair vermikompos tinja lembu terhadap percambahan benih sayuran berbuah
Sashikala Maruthai Pillai
Ringkasan
Cecair vermikompos adalah satu alternatif yang kaya dengan enzim dan hormon yang berpotensi meningkatkan pertumbuhan tanaman. Kajian bagi menentukan kepekatan cecair vermikompos yang sesuai untuk aplikasi adalah amat penting bagi mengelakkan berlakunya ketoksikan yang boleh merencatkan pertumbuhan tanaman serta pembaziran sumber input. Kajian ini telah dijalankan untuk menilai kesan kepekatan cecair vermikompos yang berbeza terhadap tiga jenis benih sayuran berbuah iaitu okra, terung dan lobak putih. Hasil kajian menunjukkan bahawa kepekatan cecair vermikompos tidak mempengaruhi masa kemunculan plumul dan bilangan daun bagi ketiga-tiga jenis benih yang dikaji. Namun, pengaruh signifikan didapati pada ketinggian tanaman benih tanaman, di mana benih sayuran okra menunjukkan pertumbuhan yang baik berbanding dengan lobak putih dan terung.
