Sisa substrat medium cendawan tiram kelabu (SSC): Alternatif medium tanaman cendawan kukur (Schizophyllum commune)

Category: Bil. 45

Syaliyana Khairudin, Khairul Asfamawi Khulidin dan Sumaiyah Abdullah

Ringkasan
Proses pelupusan substrat sisa substrat cendawan (SSC) terutama sisa substrat cendawan tiram kelabu menjadi kekangan kepada kebanyakan pengusaha cendawan tempatan. Anggaran 8 kg (SSC) dihasilkan untuk setiap kilogram cendawan tiram kelabu. Lebih daripada 8 tan metrik SSC yang dihasilkan setiap tahun dan ini boleh menimbulkan isu alam sekitar seperti pembakaran terbuka yang boleh membawa kepada pencemaran alam sekitar. Oleh itu, pengusaha cendawan tempatan perlu mencari kaedah alternatif pengendalian SSC untuk menuju ke arah pertanian lestari. Justeru, pengusaha cendawan tiram kelabu boleh menjadikan SSC sebagai beg medium untuk penghasilan cendawan kukur (Schizophyllum commune). Cendawan kukur merupakan salah satu biodiversiti cendawan yang kian digemari di Malaysia. Satu kilogram cendawan kukur boleh mencecah RM40 – RM60 berbanding dengan cendawan tiram kelabu iaitu sekitar RM15 – RM20/kg. Dengan menggunakan SSC sebagai substrat alternatif untuk pengeluaran cendawan kukur, penggunaan habuk kayu getah dalam amalan kaedah konvensional juga akan dapat dikurangkan. Secara tidak langsung, dapat membantu mengurangkan kadar pencemaran alam sekitar dalam menyokong pertanian mampan.

Teks penuh (1.94MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2025 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.