Penggunaan biochar dalam kompos dan baja organik untuk peningkatan kesuburan tanah dan produktiviti tanaman

Category: Bil. 45

Theeba Manickam, Illani Zuraihah Ibrahim dan Norziana Zin Zawawi

Ringkasan
Aplikasi biochar dalam bidang pertanian semakin mendapat perhatian kerana potensinya yang signifikan dalam meningkatkan kesuburan tanah, menyokong pertumbuhan tanaman serta membantu menangani kesan perubahan iklim. Kajian yang dijalankan oleh MARDI telah menunjukkan keberkesanan biochar apabila digunakan sebagai baja organik dan perapi tanah dalam bentuk kompos. Hasil kajian mendapati bahawa baja organik berasaskan biochar mampu meningkatkan hasil tanaman sayuran organik sebanyak 10 – 15% berbanding dengan kawalan. Sementara itu, aplikasi kompos biochar menunjukkan peningkatan hasil lebih daripada 20% bagi tanaman ubi keledek yang ditanam di tanah berpasir seperti BRIS. Selain meningkatkan hasil tanaman, penggunaan biochar turut menunjukkan peningkatan ketara dalam kesuburan tanah selepas dua musim penanaman, khususnya di tanah bermasalah seperti BRIS. Peningkatan sifat kimia tanah seperti pH, kandungan karbon, bahan organik dan kapasiti pertukaran kation (KPK) serta sifat biologi (populasi mikrob) dan fizikal tanah (kapasiti pegangan air), adalah sangat penting untuk memastikan penyerapan nutrien oleh tanaman berlaku secara efisien. Peningkatan kesuburan tanah ini memainkan peranan utama dalam memberikan hasil tanaman yang optimum dan mampan.

Teks penuh (2.75MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2025 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.