Kesedaran dan jangkaan penerimaan terhadap produk biopestisid yang dibangunkan MARDI dalam kalangan petani keledek

Category: Bil. 45

Zawiyah Pono, Rawaida Rusli dan Razean Haireen Mohd Razali

Ringkasan
Kajian rintis ini telah dijalankan ke atas 29 petani keledek di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Hulu Chuchuh, Sepang, Selangor. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti penggunaan, pengawalan, kesedaran, serta penerimaan petani terhadap produk biopestisid berasaskan tumbuhan yang telah dibangunkan MARDI. Secara keseluruhan tahap penggunaan, pengawalan dan kesedaran petani keledek mula menunjukkan peningkatan ke atas penggunaan produk-produk biopestisid. Walau bagaimanapun, strategi, sokongan daripada kerajaan, agensi berkepentingan dan khidmat nasihat kepada petani adalah penting. Oleh itu, biopestisid berpotensi untuk menjadi solusi yang lebih baik bagi pertanian yang lebih lestari dan selamat pada masa akan datang.

Teks penuh (315KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2025 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.