Penilaian kualiti dan sensori serta kandungan sisa racun perosak dalam durian D24 organik dan bukan organik

Category: Bil. 45

Nur Azlin Razali, Muhammad Shahid Shahrun, Haryati Mansor, Suhana Safari, Nurul Khdijah Rosly dan Farah ‘Aqila Hamzah

Ringkasan
Durian organik disegmentasikan sebagai pasaran premium kerana produk didakwa lebih selamat dan berhak menawarkan harga pasaran yang lebih tinggi berbanding dengan bukan organik. Pada masa ini, hanya 12 ladang yang diklasifikasikan sebagai organik dan disahkan melalui Skim Pensijilan Organik Malaysia (myOrganic) pada tahun 2025 dengan majoriti ladang durian organik adalah berskala mikro hingga kecil. Pengguna berpengalaman mendakwa bahawa durian organik lebih sihat dan lebih sedap daripada durian bukan organik. Namun, penerimaan atribut rasa adalah kompleks dalam kalangan pengguna. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menilai kualiti buah dan penilaian sensori durian D24 organik berbanding dengan durian D24 bukan organik selepas penuaian. Borang penilaian digunakan untuk membandingkan atribut sensori (kelembapan, warna, tekstur, kemanisan, kepahitan dan rasa lemak) durian organik oleh 12 panel terlatih melalui penilaian visual dan memakan isi durian. Oleh itu, panel memberikan skor kepada semua atribut sebagai tidak berbeza secara signifikan antara durian D24 organik dan bukan organik. Analisis sisa racun perosak juga mengesahkan bahawa buah dari ladang organik tidak menunjukkan kehadiran racun perosak pada isi dan biji durian berbanding dengan buah bukan organik. Kesimpulannya, tiada perbezaan antara durian D24 organik dan bukan organik dari segi kualiti selepas penuaian. Profil warna menunjukkan warna kuning dalam durian D24 organik adalah lebih terang berbanding dengan D24 bukan organik. Penilaian sensori juga tidak menunjukkan perbezaan yang ketara antara durian D24 organik dan bukan organik. Pengesahan ketidakhadiran sisa racun perosak melalui ujian makmal juga menyokong amalan pertanian organik sebagai pilihan lebih selamat untuk pengguna.

Teks penuh (427KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2025 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.