Kaedah siraman tanah menggunakan asid amino ikan (FAA) untuk peningkatan kandungan nitrogen tanah

Category: Bil. 45

Faridah Manaf, Mohamad Fakhri Musa dan Muhammad Yazid Hussain

Ringkasan
Nitrogen (N) merupakan salah satu unsur makronutrien penting yang menyokong pertumbuhan tanaman melalui pembentukan protein, enzim dan klorofil yang diperlukan untuk fotosintesis. Namun, kekurangan N dalam tanah sering menjadi penghalang utama pertumbuhan tanaman, terutamanya bagi tanaman jangka pendek seperti sayuran hijau. Kebiasaannya, baja organik pepejal digunakan bagi meningkatkan kandungan N tanah, tetapi kandungan jumlah N yang rendah (kurang daripada 4%) dan kadar penguraian yang perlahan menjadikannya tidak mencukupi. Sebagai alternatif, kaedah siraman tanah menggunakan asid amino ikan (FAA) yang merupakan sumber organik dalam bentuk cecair dengan kandungan N yang lebih tinggi (sekitar 4 – 6% jumlah N) digunakan sebagai sumber aplikasi N untuk tanah. Cecair FAA dihasilkan melalui proses penapaian sisa ikan bersama larutan gula merah atau molasses. FAA mengandungi asid amino, enzim dan bentuk N yang mudah diserap, serta berkesan dalam meningkatkan kesuburan tanah dan juga boleh digunakan sebagai baja foliar untuk semburan terus kepada tanaman. Dapatan daripada kajian yang dijalankan telah menunjukkan kaedah tersebut dapat meningkatkan kandungan N tanah serta hasil tanaman. Kaedah siraman tanah menggunakan FAA ini dilihat berpotensi untuk menjadi salah satu strategi utama dalam amalan pertanian lestari, terutamanya dalam sistem penanaman yang menggunakan amalan pertanian organik.

Teks penuh (862KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2025 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.