Pemprosesan beras rebus MRQ 107 dan kesan penyimpanan terhadap kandungan fenolik dan aktiviti antioksidan

Category: Bil. 46

Amir Syariffuddeen Mhd Adnan, Jeeven Karruppan, Norra Ismail, Norfazillah Razali dan Norhartini Abdul Samad

Ringkasan
Pemilihan makanan berasaskan sumber tempatan yang berkhasiat memainkan peranan penting dalam memperkukuh kesihatan rakyat Malaysia, terutamanya dalam menghadapi peningkatan kes penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, hipertensi dan obesiti. Beras rebus yang dihasilkan daripada varieti padi spesialti tempatan seperti MRQ 107 berpotensi menjadi alternatif kepada beras putih biasa kerana mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tinggi terutamanya sebatian fenolik yang bermanfaat untuk menangani tekanan oksidatif dalam tubuh. Kajian menunjukkan bahawa pemprosesan dan tempoh penyimpanan memberi kesan langsung terhadap kestabilan kandungan antioksidan dalam beras rebus. Penyimpanan dalam suhu sejuk, terutamanya dengan kaedah pembungkusan vakum, terbukti mampu memelihara aktiviti antioksidan lebih baik berbanding dengan penyimpanan pada suhu ambien. Ini membolehkan beras rebus mengekalkan nilai nutrisi yang tinggi sepanjang tempoh simpanan yang ditetapkan, sekali gus meningkatkan kualiti pemakanan harian pengguna. Dalam konteks pemakanan rakyat Malaysia, beras kesihatan dengan aktiviti antioksidan yang tinggi berpotensi mengurangkan risiko penyakit kronik melalui pengurangan kerosakan sel akibat radikal bebas. Penghasilan beras rebus daripada varieti padi tempatan juga menyokong inisiatif keselamatan makanan negara dan menggalakkan penggunaan produk tempatan yang lebih sihat. Keadaan ini akan memanfaatkan potensi varieti beras spesialti tempatan sebagai satu produk nilai tambah yang berkualiti premium sejajar dengan aspirasi yang telah digariskan bawah Dasar Agromakanan Negara 2021 – 2030 (DAN 2.0). Dengan pengurusan penyimpanan yang baik dan pemprosesan yang mengekalkan sumber antioksidan dan nilai kesihatan, beras rebus tempatan berupaya menjadi komponen penting dalam diet sihat rakyat Malaysia dan menyumbang ke arah kehidupan yang lebih berkualiti dan lestari.

Teks penuh (1.69MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2025 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.