Potensi penanaman serai secara selingan dalam dusun durian matang

Category: Bil. 46

Mohd Asrul Sani, Muhammad Afiq Tajol Ariffin, Ahmad Hafiz Buniamin, Mohd Ridzuan Mohd Daud, Ahmad Hafiz Baharom dan Mohd Azhar Hassan

Ringkasan
Kajian integrasi tanaman yang dijalankan di MARDI Sintok ini menunjukkan potensi secara signifikan penanaman serai sebagai tanaman selingan di dusun durian matang. Tanaman durian yang hanya mengeluarkan hasil mengikut musim, menjadikan penanaman serai berpotensi untuk memberi sumber pendapatan sampingan/tambahan kepada petani dengan mengoptimumkan penggunaan ruang tanah sedia ada. Walaupun hanya 30% daripada kawasan tanah kosong diusahakan dengan serai, analisis ekonomi menunjukkan potensi pertambahan pendapatan baik, dengan purata pendapatan bersih RM17,168/ plot dan pulangan pelaburan (ROI) bagi setiap RM1 yang dilaburkan adalah sebanyak 0.69 berdasarkan hasil purata 14,042 kg/plot dan kos pengeluaran RM1.78/kg. Kejayaan ini disokong oleh beberapa faktor termasuk penembusan cahaya yang mencukupi di bawah kanopi durian matang (52 – 97%), jenis tanah yang sesuai, amalan agronomi yang mudah, perkongsian kos infrastruktur dan tenaga kerja dengan dusun durian sedia ada, serta tiada persaingan nutrien yang signifikan antara serai dan durian. Permintaan yang tinggi, harga yang stabil dan kos penyelenggaraan yang rendah menjadikan serai pilihan yang menguntungkan untuk mempelbagaikan pendapatan petani durian.

Teks penuh (1.79MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2025 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.